Gerakan Usahawan RM10 Juta - RichWorks

Misi: Melahirkan 1,000 Founder Syarikat RM10 Juta

GERAKAN USAHAWAN BINA BISNES
TAHAP RM10 JUTA

"Kenapa ada usahawan bermula dari kosong tetapi mampu bina bisnes RM25 juta setahun… sedangkan ramai SME masih bergelut untuk capai RM1 juta?"

Gambar Banner RM10 Juta

Ramai usahawan berniaga lebih 10 tahun tapi masih di tahap yang sama.
Bukan sebab kurang pandai. Tetapi strategi yang salah.

Ramai usahawan Malaysia sebenarnya
tidak ada bisnes.

Mereka cuma ada kerja yang sangat penat… yang kebetulan menggunakan nama syarikat.

Owner buat marketing.
Owner buat sales.
Owner urus staff.
Owner jaga operasi.
Owner fikir cashflow.

Kalau owner berhenti bekerja 30 hari…

bisnes juga berhenti.

Itu bukan syarikat. Itu self‑employment yang menyamar sebagai bisnes.

Dan sebab itu… ramai usahawan Malaysia tidak pernah lepas RM10 juta jualan setahun.

Dunia Perniagaan Semakin Tidak Menentu

Hari ini dunia berubah dengan sangat cepat.

Ketegangan geopolitik, perubahan ekonomi global dan ketidakpastian pasaran membuat ramai usahawan mula risau tentang masa depan bisnes mereka.

Dalam keadaan seperti ini… bisnes kecil yang rapuh paling mudah terkesan.

Tetapi syarikat yang mempunyai:

  • sistem yang kukuh
  • pasaran yang besar
  • mesin pemasaran yang konsisten
  • struktur kewangan yang sihat

biasanya lebih mampu bertahan malah berkembang.

Sebab itu semakin ramai founder mula sedar satu perkara penting: Mereka tidak boleh kekal berniaga kecil.


Selepas RM1 Juta… Permainan Berubah Sepenuhnya

Ramai usahawan boleh capai RM1 juta jualan setahun.
Tetapi majoriti tidak pernah lepas RM10 juta.

KENAPA?

Kerana strategi yang membawa bisnes ke RM1 juta tidak sama dengan strategi membina syarikat RM10 juta.

Pada tahap ini… kerja lebih kuat tidak lagi menyelesaikan masalah. Yang diperlukan ialah:

  • sistem bisnes
  • mesin pemasaran
  • team yang kuat
  • struktur kewangan yang betul

Tanpa semua ini… bisnes akan terus stuck di tahap yang sama.

Kenapa Ramai Founder Stuck Antara RM1 Juta → RM10 Juta

Ramai founder sebenarnya menghadapi beberapa cabaran asas:

Founder masih jadi enjin bisnes

Bisnes bergantung kepada owner untuk hampir semua perkara penting.

Marketing tidak konsisten

Promosi berlaku sekali sekala dan tidak ada sistem pemasaran yang stabil.

Operasi tidak berskala

Team semakin sibuk tetapi sistem tidak berkembang.

Struktur kewangan lemah

Cashflow tidak stabil dan tiada strategi kewangan jangka panjang.

Tiada strategi scale

Bisnes berkembang secara rawak tanpa pelan jelas untuk scale.

5 Brutal Truth Tentang SME Malaysia

Selepas bekerja dengan lebih 3,500 usahawan Malaysia, beberapa perkara menjadi sangat jelas. Dan kadang‑kadang kebenaran ini agak pedih.

Brutal Truth #1

Ramai founder fikir masalah mereka ialah marketing. Hakikatnya masalah sebenar ialah struktur bisnes.

Brutal Truth #2

Ramai bisnes ada sales tetapi tiada sistem.

Brutal Truth #3

Ramai founder takut membina team yang kuat.

Brutal Truth #4

Ramai SME nampak besar dari luar tetapi cashflow rapuh.

Brutal Truth #5

Ramai usahawan berharap bisnes akan grow sedikit demi sedikit setiap tahun.

Tetapi syarikat yang benar‑benar scale membina sistem yang boleh berkembang secara konsisten.

Kisah Sebenar: Fara, Pengasas Inai Republic

Pada tahun 2018, bisnes Fara hampir bungkus.

Sales jatuh. Tekanan kewangan tinggi. Masa depan bisnes tidak jelas.

Seperti ramai founder lain… Fara bekerja keras setiap hari. Tetapi kerja keras sahaja tidak cukup untuk scale bisnes.

Beliau mula belajar bagaimana membina:

  • sistem bisnes yang kukuh
  • strategi pemasaran yang konsisten
  • struktur syarikat yang boleh berkembang

Sedikit demi sedikit… bisnes mula berubah.

Hari ini… Inai Republic mencatat hampir RM20 juta jualan setahun pada 2025.

Perubahan itu tidak berlaku kerana nasib. Ia berlaku kerana cara membina bisnes berubah sepenuhnya.

Memperkenalkan

RICHWORKS BUSINESS PROGRAMME

Dari RM1 Juta ke RM10 Juta

Progam ini adalah langkah pertama dalam Gerakan Usahawan RM10 Juta Malaysia.

Dalam program ini anda akan memahami bagaimana untuk:

  • mengenal pasti pasaran yang boleh scale
  • membina produk yang benar‑benar laku
  • membina mesin pemasaran konsisten
  • membina sistem bisnes scalable
  • mengurus kewangan secara strategik
  • membina team yang boleh berkembang

Ini bukan sekadar teori. Ini adalah strategi sebenar yang digunakan oleh usahawan yang berjaya scale bisnes mereka.

Apa Yang Sebenarnya Berlaku Dalam
2 Hari Program Ini

HARI PERTAMA

Anda akan memahami realiti sebenar kenapa ramai bisnes tidak pernah scale. Anda akan melihat:

  • peluang pasaran yang sebenar
  • kesilapan biasa founder
  • framework untuk membina bisnes yang lebih besar

Pada hari ini ramai founder mula sedar: cara mereka membina bisnes selama ini sebenarnya menghadkan growth.

HARI KEDUA

Fokus akan diberikan kepada strategi scale sebenar. Anda akan belajar bagaimana:

  • membina mesin pemasaran
  • membina sistem bisnes
  • membina team yang boleh berkembang
  • menyusun struktur kewangan yang lebih kukuh

Ramai founder mengatakan hari kedua ini membuka perspektif baharu tentang bagaimana syarikat sebenarnya berkembang.

Program Ini Sesuai Untuk Founder Yang…

  • sudah mempunyai bisnes
  • mahu membawa bisnes ke tahap lebih besar
  • tidak mahu bisnes bergantung sepenuhnya kepada owner
  • mahu membina syarikat yang boleh scale ke RM10 juta dan lebih

Tetapi Program Ini Bukan Untuk:

  • mereka yang baru hendak mula bisnes
  • mereka yang sekadar mahu motivasi
  • mereka yang tidak serius membina syarikat

Program ini direka khas untuk founder yang benar‑benar mahu scale bisnes mereka.

Jika Anda Serius Mahu Membina Syarikat RM10 Juta

Anda boleh menghantar permohonan jemputan untuk menghadiri program ini.

Pasukan kami akan menilai permohonan anda sebelum tempat disahkan. Isi maklumat ringkas untuk memohon tempat anda.

Jika permohonan anda diluluskan, pasukan kami akan menghubungi anda dengan maklumat lanjut.

"Founder yang serius biasanya membuat keputusan dengan cepat apabila melihat peluang yang boleh mengubah bisnes mereka."

Jadi Persoalannya Sekarang…

Apakah potensi sebenar bisnes anda?

Adakah ia sebenarnya mampu berkembang jauh lebih besar… tetapi selama ini anda hanya menggunakan strategi yang salah?

Bagi membantu lebih ramai usahawan melihat potensi sebenar bisnes mereka, kami membuka beberapa slot untuk sesi:

15‑Minute Business Growth Consultation

Dalam sesi ini kami akan bantu anda mengenal pasti:

  • potensi sebenar bisnes anda
  • peluang pasaran untuk berkembang
  • dan langkah penting untuk membawa bisnes daripada RM1 juta ke RM10 juta setahun

Jika anda serius mahu membawa bisnes anda ke tahap seterusnya… anda boleh mohon sesi ini di sini.

Bonus: Usahawan yang memohon juga akan menerima PDF:
"7 Langkah Penting Untuk Membina Bisnes Tahap RM10 Juta."

© Dianjurkan oleh RichWorks Consulting Group (RCG) 202401038759 / 1584606-H